PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD
adalah satu-satunya syarikat Bumiputra yang mengetengahkan konsep
pembinaan rumah IBS (Industry Building System). Pembinaan rumah adalah
demi rakyat dan terbuka kepada semua kaum diseluruh negara. Ianya telah
dirancang dengan kaji selidik bersama-sama badan-badan Kerajaan yang
pakar dalam bidang ini selama 5 tahun lalu.Program Perumahan Ihsan Rakyat Malaysia yang dikelolakan oleh PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD
ini bertujuan memberi keselesaan dan kepuasan kepada rakyat Malaysia.
Dengan kepakaran yang melebihi 20 tahun dalam pembinaan rumah diseluruh
negara, Program ini juga dapat membantu meringankan beban pemilik rumah
dikala kesusahan. Bantuan berbentuk Insurans berkait pelaburan sebanyak
RM10,000 diberi secara percuma oleh pihak PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD
dimana keuntungan tahunan boleh dinikmati oleh pemohon.
PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD dengan kerjasama Kumpulan AmBank juga akan menyumbang satu bentuk sumbangan khairat kematian dan lumpuh kekal berjumlah RM 12,500 (sehingga umur 85 tahun).
Hasil keuntungan PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD juga akan disumbangkan ke dalam tabung-tabung kebajikan bagi membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, rumah kebajikan orang tua, pembinaan masjid-masjid dan kepada golongan-golongan yang amat memerlukan. Rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu terhadap Program ini. Ianya dapat memberi banyak kelebihan dan manafaat kepada setiap pembeli mahupun pembangunan di Malaysia.

SASARAN JUALAN
PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD bersama-sama Kumpulan AmBank
akan melancarkan program ini ke seluruh negeri pada bulan November
2011. Memandangkan permintaan terhadap Program ini diseluruh negeri amat
memberansangkan, pihak PROPRIMAS HOLDING SDN BHD
mensasarkan 1,000 unit akan dapat dibina sebelum penghujung tahun 2011.
Bermula bulan Januari 2012, pihak kami mensasarkan 100 unit rumah untuk
setiap negeri dalam masa sebulan (100 x 10 negeri =1,000 unit rumah
seluruh negeri dapat dibina sebulan). Dengan kepakaran dan pengalaman
melebihi 20 tahun dalam bidang pembinaan perumahan serta sokongan dari
badan-badan Kerajaan seperti CIDB dan syarikat-syarikat gergasi seperti
Hume & Brickwell, ianya dapat menjayakan program ini dan dapat
memberi ruang untuk rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri dengan
teknologi IBS.
No comments:
Post a Comment