Thursday 28 June 2012

GRAND ROAD SHOW RUMAH IBS

Grand Road Show bagi negeri perak akan diadakan pada 14 Julai 2012 bertempat di Rumah Rehat Kuala Kangsar...Jamuan makan disediakan...datang ramai-ramai yoep....

Sunday 17 June 2012

Address,

No 2, Tingkat 2, Ruang Niaga Masjid Daerah Sultan Idris II,
Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan
Perak Darul Ridzuan

Contact,
 H/P : 017-943 8546 / 0111-813 0385
Fax : 05-621 5410

Facebook : proprimas perak
www.facebook.com

Our Flyers


Plan 5bilik


Plan 4bilik


Plan 3bilik


Kelebihan Produk IBS Kami

  • Penggunaan Teknologi terbaru tanpa menggunakan paku, pasir, batu, kayu dan bata simen.
  • Ianya menggunakan struktur besi dan kepingan ’cement board’, serta diskrukan di antara kepingan ’cement board’ dan besi struktur.
  • Harga bagi setiap unit hanya RM 78,000 dengan keluasan 823 kaki persegi ( Bergantung pada kedudukan tanah).
  • Sistem ini cepat hanya memakan masa hanya 1 bulan
  • Berkualiti serta cantik dipandang
  • Kukuh serta sejuk untuk didiami.
  • Sepuluh elemen yang terdapat pada rumah teknologi IBS :-
    • Mengelak daripada pemusnahan anai-anai
    • Kalis Api
    • Kalis Air
    • Kalis Cuaca
    • Mesra Alam
    • Kuat dan Kukuh
    • Mudah untuk pengubahsuaian
    • Kerja-kerja penyelenggaraan mudah
    • IBS lebih pantas dan menjimatkan
    • Menjimatkan tempoh pembinaan
  • Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum
  • Berkemampuan untuk membayar harga rumah RM78,000 sahaja
  • Tidak dikenakan apa-apa bayaran pendahuluan
  • Tidak perlu mencagarkan geran untuk pinjaman
Konsep pembinaan ini telah banyak dibina di luar negara terutamanya di negara-negara yang mengalami gempa bumi. Kadar kematian dengan mengunakan sistem IBS ini menunjukkan kadar kematian yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pembinaan secara konvensional.

Apa Itu Rumah Pasang Siap

Rumah pasang siap adalah satu cabang IBS () dimana pada masa ini kerajaan amat menggalakkan pengusaha perumahan untuk menggunakan sistem ini di dalam pembinaan rumah. Kestabilan serta kekukuhan pembinaan rumah mahupun bangunan menggunakan teknologi ini adalah terjamin. Maka pada hari ini, PROPRIMAS Holdings Sdn Bhd telah menorak langkah memperkenalkan rumah era baru iaitu Rumah Pasang Siap. PROPRIMAS Holdings Sdn Bhdtelah menukar inovasi pembinaan rumah dari dinding bata press kepada sistem dinding teknologi papan simen atau cement board technology.
Papan Board atau Cement Board mula diperkenalkan pada awal 1980-an, dimana di negara luar telah lama mengguna-pakai sistem Papan Board atau Cement Board ini. Penggunaan sistem ini lebih memberi jaminan terhadap keutuhan pembinaannya, kuat, kemas serta lebih cantik. Ciri-ciri keselamatan serta kekukuhannya adalah seperti berikut :
Tahan Api Tahan Anai-Anai Tahan Hakisan Air Mesra Alam

Pemasangan Yang Mudah Tahan Luntur Warna Bahan Berkualiti

Apa itu IBS

Sistem Bangunan Berindustri (IBS) merupakan sistem pembinaan yang menggunakan komponen – komponen prasiap yang disediakan di kilang, boleh diangkat dan dipasang secara berjentera atau manual dengan usaha tambahan buruh yang minima di tapak bina. Tidak dinafikan lagi, IBS mampu untuk menjadikan industri pembinaan negara seiring kearah persaingan globalisasi dengan produktiviti, kualiti dan keselamatan yang lebih baik.

Terdapat lima kumpulan utama IBS yang dikenalpasti digunapakai di Malaysia iaitu:
  • Kaedah pasang siap
  • Kaedah acuan keluli
  • Kaedah kerangka keluli
  • Kaedah kerangka kayu dan
  • Kaedah kerja blok.
Secara kasar, penggunaan kaedah IBS dapat mengurangkan pembaziran bahan binaan, dapat mengurangkan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan bahan binaan yang lebih teratur dan selamat. Tempoh pembinaan juga lebih singkat. Dengan erti kata lain, IBS merupakan suatu alternative kepada kaedah konvensional yang banyak bergantung kepada kerja – kerja penggunaan buruh asing yang ramai.

PROPRIMAS Holdings Snd Bhd, dengan kerjasama CIDB Malaysia, Agensi K28, Hume, Astino serta Brickwell telah melancarkan satu program perumahan ihsan untuk rakyat Malaysia, dimana pemasaran telah dikendalikan oleh PROPRIMAS Holdings Snd Bhd. Bagi kerja – kerja berkaitan pengawal-seliaan projek rumah pasang siap ini diuruskan oleh PROPRIMAS Holdings Snd Bhd. Pihak PROPRIMAS Holdings Snd Bhd telah melantik wakil – wakil di seluruh Malaysia di mana wakil – wakil di setiap Negeri dipertanggungjawapkan untuk memantau rumah pasang siap ini di setiap dearah dalam Negeri tersebut. Ini memudahkan PROPRIMAS Holdings Snd Bhd untuk melakukan kerja – kerja pemasangan rumah pasang siap di seluruh Negeri.
Bahan – bahan binaan yang diguna pakai ialah dari jenis teknologi papan simen atau Cement Board Technology, dimana ianya dibekalkan oleh Hume Cemboard Industries, Astino dan Brickwell. Manakala pembinaan rumah pasang siap diuruskan oleh CIDB Malaysia. Oleh yang demikian, kami yakin projek pembangunan rumah rakyat ini akan mendapat sambutan yang hebat dengan kerjasama oleh pihak kilang dan syarikat – syarikat yang berdaya saing.

Mengenai PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD adalah satu-satunya syarikat Bumiputra yang mengetengahkan konsep pembinaan rumah IBS (Industry Building System). Pembinaan rumah adalah demi rakyat dan terbuka kepada semua kaum diseluruh negara. Ianya telah dirancang dengan kaji selidik bersama-sama badan-badan Kerajaan yang pakar dalam bidang ini selama 5 tahun lalu.Program Perumahan Ihsan Rakyat Malaysia yang dikelolakan oleh PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD ini bertujuan memberi keselesaan dan kepuasan kepada rakyat Malaysia. Dengan kepakaran yang melebihi 20 tahun dalam pembinaan rumah diseluruh negara, Program ini juga dapat membantu meringankan beban pemilik rumah dikala kesusahan. Bantuan berbentuk Insurans berkait pelaburan sebanyak RM10,000 diberi secara percuma oleh pihak PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD dimana keuntungan tahunan boleh dinikmati oleh pemohon.
PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD dengan kerjasama Kumpulan AmBank juga akan menyumbang satu bentuk sumbangan khairat kematian dan lumpuh kekal berjumlah RM 12,500 (sehingga umur 85 tahun).
Hasil keuntungan PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD juga akan disumbangkan ke dalam tabung-tabung kebajikan bagi membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, rumah kebajikan orang tua, pembinaan masjid-masjid dan kepada golongan-golongan yang amat memerlukan. Rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu terhadap Program ini. Ianya dapat memberi banyak kelebihan dan manafaat kepada setiap pembeli mahupun pembangunan di Malaysia.

SASARAN JUALAN

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD bersama-sama Kumpulan AmBank akan melancarkan program ini ke seluruh negeri pada bulan November 2011. Memandangkan permintaan terhadap Program ini diseluruh negeri amat memberansangkan, pihak PROPRIMAS HOLDING SDN BHD mensasarkan 1,000 unit akan dapat dibina sebelum penghujung tahun 2011. Bermula bulan Januari 2012, pihak kami mensasarkan 100 unit rumah untuk setiap negeri dalam masa sebulan (100 x 10 negeri =1,000 unit rumah seluruh negeri dapat dibina sebulan). Dengan kepakaran dan pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang pembinaan perumahan serta sokongan dari badan-badan Kerajaan seperti CIDB dan syarikat-syarikat gergasi seperti Hume & Brickwell, ianya dapat menjayakan program ini dan dapat memberi ruang untuk rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri dengan teknologi IBS.

VISI & MISI


VISI & MISI


VISI PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD

Membantu menyediakan prasana untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

MISI PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD

  • Membantu memenuhi hasrat wawasan kerajaan bagi membantu Rakyat luar bandar memiliki rumah yang mampu dimiliki
  • Memberi keselesaan kepada rakyat dimana rumah yang dibina menepati piawaian serta selesa didiami
  • Membantu hasrat kerajaan untuk menghapuskan rakyat golongan miskin tegar yang tidak memiliki rumah.