Sunday 17 June 2012

Mengenai PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD adalah satu-satunya syarikat Bumiputra yang mengetengahkan konsep pembinaan rumah IBS (Industry Building System). Pembinaan rumah adalah demi rakyat dan terbuka kepada semua kaum diseluruh negara. Ianya telah dirancang dengan kaji selidik bersama-sama badan-badan Kerajaan yang pakar dalam bidang ini selama 5 tahun lalu.Program Perumahan Ihsan Rakyat Malaysia yang dikelolakan oleh PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD ini bertujuan memberi keselesaan dan kepuasan kepada rakyat Malaysia. Dengan kepakaran yang melebihi 20 tahun dalam pembinaan rumah diseluruh negara, Program ini juga dapat membantu meringankan beban pemilik rumah dikala kesusahan. Bantuan berbentuk Insurans berkait pelaburan sebanyak RM10,000 diberi secara percuma oleh pihak PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD dimana keuntungan tahunan boleh dinikmati oleh pemohon.
PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD dengan kerjasama Kumpulan AmBank juga akan menyumbang satu bentuk sumbangan khairat kematian dan lumpuh kekal berjumlah RM 12,500 (sehingga umur 85 tahun).
Hasil keuntungan PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD juga akan disumbangkan ke dalam tabung-tabung kebajikan bagi membantu anak-anak yatim dan fakir miskin, rumah kebajikan orang tua, pembinaan masjid-masjid dan kepada golongan-golongan yang amat memerlukan. Rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan padu terhadap Program ini. Ianya dapat memberi banyak kelebihan dan manafaat kepada setiap pembeli mahupun pembangunan di Malaysia.

SASARAN JUALAN

PROPRIMAS HOLDINGS SDN BHD bersama-sama Kumpulan AmBank akan melancarkan program ini ke seluruh negeri pada bulan November 2011. Memandangkan permintaan terhadap Program ini diseluruh negeri amat memberansangkan, pihak PROPRIMAS HOLDING SDN BHD mensasarkan 1,000 unit akan dapat dibina sebelum penghujung tahun 2011. Bermula bulan Januari 2012, pihak kami mensasarkan 100 unit rumah untuk setiap negeri dalam masa sebulan (100 x 10 negeri =1,000 unit rumah seluruh negeri dapat dibina sebulan). Dengan kepakaran dan pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang pembinaan perumahan serta sokongan dari badan-badan Kerajaan seperti CIDB dan syarikat-syarikat gergasi seperti Hume & Brickwell, ianya dapat menjayakan program ini dan dapat memberi ruang untuk rakyat Malaysia memiliki kediaman sendiri dengan teknologi IBS.

No comments:

Post a Comment